AFC LEVEL 1 COACHING COURSE 2021

AFC LEVEL 1 COACHING COURSE 2021

 

Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) dengan kerjasama Asian Football Confederation (AFC) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang menganjurkan Kursus Kejurulatihan Futsal Level 1 yang bermula pada 12 - 14 Julai 2021. Bagi mematuhi arahan kerajaan (Majlis Keselamatan Negara) kursus fasa pertama selama tiga hari ini hanya melibatkan teori sahaja dan dilaksanakan secara atas talian 'online', sementara fasa kedua yang melibatkan sesi praktikal akan berlangsung sebaik selesai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mendapat kebenaran kerajaan (Majlis Keselamatan Negara). Seramai 13 orang peserta menyertai kursus ini dan dikendalikan oleh Encik. Chiew Chun Yong selaku Ketua Instruktor dan dibantu oleh Encik. Scott Lee Yuen Mann. Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) merangkap Timbalan Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) YBhg Datuk Ong Kim Swee telah hadir bagi merasmikan kursus ini. Setiausaha Kehormat Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), ACP (B) Md Dali bin Wahid turut hadir dalam perasmian kursus tersebut.