Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia kepada semua jurulatih dan ahli Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM).

- Untuk makluman semua jurulatih dan ahli-ahli PJBM, mulai tahun 2022 bayaran untuk pembaharuan lesen kejurulatihan telah dinaikkan ke RM200.00 bagi jurulatih tempatan dan RM600.00 bagi jurulatih luar negara.

- Peningkatan bayaran disebabkan mulai tahun ini, semua jurulatih yang memperbaharui lesen akan diberi perlindungan polisi insuran. Pecahan bayaran sepertimana berikut :
1. Yuran keahlian RM120.00 (kekal).
2. Kad ahli RM30.00.
3. Polisi insuran RM50.00 (bayaran untuk polisi insuran adalah RM100.00 tetapi PJBM telah subsidi sebanyak RM50.00 untuk menampung lebihan bayaran tersebut).

- PJBM akan sentiasa menjaga kepentingan dan akan cuba memberikan kemudahan kepada semua ahli. Adalah diharapkan agar semua ahli dapat memberi sokongan penuh kepada PJBM disamping memahami segala isu dan masalah yang dihadapi.

- PJBM juga sedia menerima segala cadangan atau apa-apa perancangan berkaitan dengan kejurulatihan. Segala cadangan boleh dihantar kepada pihak Sekretariat PJBM melalui email PJBM [email protected] untuk dimuatnaik dalam laman web/ fb PJBM.

Sekian untuk makluman semua jurulatih dan ahli PJBM.

Terima kasih.