AL-FATIHAH SULTAN HAJI AHMAD SHAH (1930 - 2019)

AL-FATIHAH SULTAN HAJI AHMAD SHAH (1930 - 2019)

 

Al-Fatihah...

Merafak sembah takziah kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, KDYMM Pemangku Sultan Pahang, Kerabat DiRaja Pahang dan seluruh rakyat negeri Pahang di atas kemangkatan KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu'adzam Shah.

Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah merupakan Presiden FAM yang paling lama berkhidmat, menggantikan Allahyarham Tan Sri Hamzah Abu Samah pada 1984 sehingga memberi laluan kepada anakanda Baginda, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah, pada 2014.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Salam takziah.

-Khamis, 23 Mei 2019-