Assalammualaikum WBT Dan Salam Sejahtera.
Kongres Tahunan Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) Tahun 2024 - 2025 Bagi Penggal 2022 - 2026 akan diadakan pada ketetapan berikut :
Tarikh. : 23 Februari 2025
Masa : 08.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Majlis Sukan Negeri Melaka, Kompleks Sukan Hang Jebat Krubong, Melaka.
Sehubungan dengan itu, Presiden dan AJK Eksekutif PJBM amat berbesar hati untuk menjemput YBhg. Dato' Seri/ Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan/ Encik dan Cik hadir ke Kongres tersebut.
Bersama- sama ini disertakan borang pengesahan kehadiran dan usul seperti di lampirkan 'A'. Borang pengesahan kehadiran dan usul hendaklah dikembalikan kepada Sekretariat PJBM sebelum atau pada jam 12.00 tengahari 7 Februari 2025 (Jumaat).
Pengesahan kehadiran dan usul hendaklah dihantar secara terus (serahan tangan) atau menggunakan e-mel Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) fcam1994@gmail.com. Segala kerjasama dan kehadiran YBhg. Dato' Seri/ Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan/ Encik dan Cik amat dihargai serta disanjung tinggi. Sebarang maklumat atau masalah boleh berhubung dengan pejabat PJBM melalui talian telefon +60 14-370 9377 atau Setiausaha Kehormat +60 14-630 4777.
Untuk makluman perhatian dan tindakan YBhg. Dato' Seri/ Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan/ Encik dan Cik.
Sekian, Terima Kasih.