MENZIARAHI MOHD SHAH ALIAS NORBIT

MENZIARAHI MOHD SHAH ALIAS NORBIT

 

Pihak Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) yang diwakili oleh Setiausaha Kehormat, ACP (B) Md Dali bin Wahid bersama Naib Presiden PJBM, Dr. Zulakbal Abd Karim dan AJK Eksekutif PJBM, Mohd Razip Ismail telah berkunjung ke Keramat, Kuala Lumpur bagi menziarahi bekas pemain bolasepak kebangsaan, Mohd Shah Alias Norbit yang menderita akibat kencing manis dan darah tinggi dalam tempoh yang lama. 

Kami mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Mohd Shah Alias Norbit. Semoga cepat sembuh!