MESYUARAT AJK EKSEKUTIF PJBM KALI KEENAM (2/2021) BAGI PENGGAL 2018 - 2022

MESYUARAT AJK EKSEKUTIF PJBM KALI KEENAM (2/2021) BAGI PENGGAL 2018 - 2022

Mesyuarat AJK Eksekutif PJBM kali ke-6 (2/2021) bagi penggal 2018 - 2022 telah diadakan pada 15 Ogos 2021 (Ahad) jam 2.00 petang secara dalam talian.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Presiden PJBM, En. B. Satiananthan.
Kedua-dua Timbalan Presiden Datuk Ong Kim Swee dan En. Zainal Abidin Hassan juga hadir dalam mesyuarat ini. Turut hadir adalah Naib-naib  Presiden dan semua AJK Eksekutif PJBM.

Setiausaha Kehormat PJBM ACP (B) Md Dali Wahid menyatakan mesyuarat telah membincang dan membuat keputusan mengenai beberapa perkara. Antaranya adalah:

1. Kongres PJBM 2021
2. Program/ aktiviti PJBM
3. Kursus kejurulatihan Futsal dan Bolasepak
4. Kerjasama PJBM dengan KPT
5. Hala tuju PJBM pada masa akan datang
6. Refresher course
7. Keahlian PJBM
8. Kerjasama dengan MFL
9. Kebajikan ahli PJBM

En. B. Sathianathan selaku Presiden PJBM menyarankan agar semua AJK Eksekutif dapat terus komited untuk sama-sama merancang dan melaksanakan sebarang aktiviti/ program PJBM walaupun berada dalam norma baharu disebabkan ancaman badai Covid-19.