PENANGGUHAN KURSUS ULANGKAJI (REFRESHER COURSE) 2020

PENANGGUHAN KURSUS ULANGKAJI (REFRESHER COURSE) 2020

 

Sepertimana yang sedia maklum. isu COVID 19 sehingga kini tiada penghujungnya dan Kerajaan telah mengisytiharkan ia sebagai pandemik di Negara kita. Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan kenyataan rasmi menggesa agar segala aktiviti, perjumpaan atau pengumpulan secara beramai-ramai adalah tidak digalakkan dan ditangguh terlebih dahulu.

Sehubungan dengan itu, PJBM telah memutuskan untuk menangguhkan Kursus Ulangkaji (Refresher Course) yang akan diadakan pada 30 - 31 Mac 2020 kesatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Oleh itu, pihak PJBM akan memulangkan kembali wang penyertaan bagi jurulatih yang telah membuat bayaran. Pohon semua jurulatih yang telah membuat bayaran untuk menghubungi pihak sekretariat PJBM. 

Sekian untuk perhatian dan makluman semua jurulatih. Terima kasih.