"SEMINAR KEJURULATIHAN BOLASEPAK ANTARABANGSA"
PJBM akan menganjurkan Seminar Kejurulatihan Bolasepak Antarabangsa pada 15 – 16 November 2024 (Jumaat – Sabtu) bertempat di Hotel Armada, Petaling Jaya.
Penceramah berpengalaman dan profesional akan hadir sebagai ‘speaker’ antarabangsa adalah
i) Mr. Masanaga Kageyama (Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Jepun)
ii) Mr. Oscar Franscisco Gonzalez (Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) dan Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari (AMD)
Ahli-ahli PJBM dijemput menyertai seminar ini.
Tiada sebarang yuran penyertaan dikenakan dan PJBM memberi keutamaan kepada 100 orang yang awal membuat permohonan.
Antara lain, seminar ini akan memberi faedah :
• Sijil penyertaan
• 15 Credit Hours
• Pengetahuan terhadap kejurulatihan bolasepak moden
Sebarang maklumat dan pengesahan kehadiran boleh dibuat melalui emel persatuan [email protected] atau berhubung terus melalui talian +60 14-3709377 (Pn Nida) / +60 10 900 0885 (Tn. Dali)
Sekian, terima kasih.